hai awak2 sume.. assalamualaikum..
ok.. entry kali ni.. nak sembang -sembang je la..
haha.. pada 20/1/2012
USM mengisytiharkan cuti semester bagi sesi 1 untuk sidang 2011/2012
*tepuk tangan dengan gemuruh siap ade bunga api meletop-letop lagi*
ngahahaha... inilah masenye nak jadi sewel..sebb kertas soalan yang agak DEYM! kondem je!!
ni la masenye untuk skil lipatan baju paling efektif dipraktiskan untuk disumbat dalam beg paris hilton aku tuh.. haha
papepon... semalam 19/1/2012
paper last.. n paling membunuh jiwa raga ketenteraman tidur malam aku.. ceewahh... weyh.. aku sedih ah jawab.. mcm alien.. satu hape pon rasenye x berkaitan kut.. lari sgt dah.. aku tnye membee lain.. ouh.. bukan aku sorg je yg jadi alien.. *nak sedapkan hati je la kan..*
papepon.. aku dh berusaha sebaik mungkin.. pasni tawakal dan doa la byk2 .. mudah-mudahn dengn mood taun baru cina tuan pensyarah.. markah yg baik akn diberikan.. aminnnnnnnnnnnn... cukuplah sekadar x menjatuhkan pointer aku.. wuuuuuu~
aaaaaaaaaaaaahhh.. pedulikan itu semua.. haha.. ya ALLAH cepatnye aku bertukar mood.. dasar perempuan angin! hahaha
eh?? perempuan angin?? ape tu?? ni gara-gara bace bende merepek la ni kt fesbuk.. merepek ke?? haha ala.. ala..yg mcm kajian personaliti tu kan.. jap nak copi paste.. hehehehe.. dasar pemalas..
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air – kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin – keempat, kelapan, kedua-belas
Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar.
Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.
Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan.
Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak.
Wanita bersifat api:
Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
Penasihat yang baik kepada suami.
Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.
Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga.
Wanita yang berunsurkan angin:
Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
Bijak mewujudkan suasana selesa.
Hati yang cepat berubah ubah.(yg ni pling betul kot!! hahahaha)
Nota:
Perhatian! Panduan ini hanyalah sekadar untuk pengetahuan am sahaja. Dan tiada bukti saintifik atau dalil yang menunjukkan sikap seseorang boleh diukur melalui anak ke berapa dalam keluarga. Ini hanyalah kajian secara kasar kepada beberapa individu dan cara terbaik untuk mengenal seseorang adalah dengan cuba untuk mendekatinya dan mengambil masa untuk mengenalinya lebih mendalam.
ok siap copy & paste.. hakhakhak.. bai the way.. sem 5 ni aku cume bz ngn esaimen je kot.. xde xtvt yang menarik n gempak untuk aku ceritekan.. ceewah.. bajet retis la tuh.. cume sem 5 ni byk la.. aku jadi org tengah untuk memulakan pergaduhan.. wellwelllwellll.. watsoever.. *niat aku baik... nak kasi setel n sedar je kat manusia2 yg perasan bagus ni.. eh.. haha ye la.. ckp cara baik xnk dengar.. lasst2 mulut lazer aku gak yg berkesan*
ish..ishh..ishh sekarang kan aku slalu ingt kan diri sendiri.. mulut puake ke mulut celake ke.. same -same tempah neraka.. haizz..
tu yg kalau terdesak je aku guna.. haha suci murni je ayat.. puiihhh!
kenape aku x balik lagi?? sebab..sebab.. mak aku nk dtg penang nk jaln2 sama anak dara dia yg kepala angin ni..hahahaha.. ok.. memang pon...ye la.. aku pun tinggal 1 sem je.. issh.. dah nak habes dah!! sedih pulop.. tapi aku mcm x sabar nk keje.. pulok.. insyaALLAH ade rezeki kat mane2 kan.. allah dh tetapkan..
ok la.. dah time makan.. hakhakhak.. nt apa2 aku cerite lagi..
HOPE SEM 6 AKU AKAN MENJADI LEBIH MERIAH DAN BERMAKNA.. INSYAALLAH!!
selamat bercuti.. jaga diri..jaga makan.. jaga segalanye.. semuga ketemu lagi.. okkebai!