Thursday, January 12, 2012

Jum Kongsi Ilmu.. versi Tourism


hai... semua..uols..
selamat malam ye semua..
malam ni tergerak plak nk kongsi point of view pasal exam tadi petang..
kuikuikui.. siap nk bg point of view nih.. cheh
dalam soalan tadi ade la satu tajuk yang memang aku suke.. iaitu pelancongan berasaskan komuniti F.Y.I tadi aku exam paper tourism hikhikhikhik.. hahahaha.. tettttttttttttttttt~~

ok.. korang tau x ape itu pelancongan berasaskan komuniti?? urmm.. bahasa mudahnya... satu pakej pelancongan yang disediakan dan diuruskan oleh sesebuah komuniti... *mudah ke tu?? hahaha* mcm ni kalau ikut definisi buku atau lecterer aku ckap.. pelancongan komuniti ni adalah segmen pelancongan yang diuruskan dan dimiliki oleh komuniti untuk komuniti tersebut dengan tujuan membolehkan pelawat atau pelancong mempelajari budaya dan gaya hidup komuniti tersebut... errr.. ekceli contoh paling senang nak tgok ialah homestay laaaaaaaaaaaaaaa!

homestay ni bagus sebenarnye.. hahaha kenape bagus?? sebab dari satu kampung.. akan membangun menjadi satu destinasi pelancongan yang terkenal tanpa perlu mengubah secara total nilai2 keaslian kampung atau budaya komuniti tersebut. haaa.. mungkin ade yg berpendapat kalau join homestay ni.. byk pengaruh luar akan menular dalam kehidupan masyarakat kampung especially budaya negatif.. naahh.. tu kalau pengurusan homestay x mengaplikasikan konsep dan prinsip yang telah disenaraikan oleh ahli2 antropologi dan sosiologi. hey.. bukan senang tau nak mengkaji dan menganalisis impak pelancongan ni.. sebab subjek kajian bukan statik ia lebih kepada dinamik.. yg sering berubah-ubah..

sebenarnye.. kalau nak tau.. pelancongan desa a.k.a homestay ni pihak pemgurusan adalah ahli komuniti dan mereka mempunyai hak yang sangt luas untuk mengawal orang luar atau orng asing di mana.. org luar tu la yang mengikut budaya kita.. kita ajar cara pakai tradisonal kita.. tunjuk budaya islamik kita.. tunjuk ikatan kekeluargaan kita.. haa.. ekceli.. pelancongan jenis macm ni yang perlu diluaskan.. bukan semata-mata pergi melancong je.. hihihihihi.. *aku pun suke jalan2 tanpa arah*=P

okok.. meh aku selitkan sikit la pengetahuan mengenai pelancongan ni.. kut-kut ade yang berminat kan?? haha mane tahu.. nak membantu membangunkan komuniti di tempat sendiri.. at least kena la ade sikit2 knowledge about that kan.. so ni ade info visual.. pic je la.. aku cilok kt nota kuliah je.. =P
nota ni sikit je.. tapi aku rase korg senang kot nak paham.. yang lain2 ade je kat aku.. lau nak mintak email la eh.. hahaha *motip???*




ok..yang ni adelah picturessss mase aku ngn budak kelas aku wat research ke kampung relau yang menjadi model dalam kajian kami untuk pelancongan berasaskan komuniti..
pssstt: mase ni musim durian tau.. hahaha




rumah pak ngah n mak ngah
famili angkat aku

hukhuk..miss themm a lottt...

yang best pasal makanan kampong.. they loookkk soo deliciouuusssss.. ok lapa!

mase ni memang terase ade kat umah laaaaaaa..


sempat gak aku mengaco moto abah angkat aku...hukhukhuk.. syiok oh..
no plat dia
'PAK NGAH'

ni pusat komuniti dorang.. kat kawasan ni.. dinamakan bukit deghian <--ala-ala utagha skit
bahasa standard bukit durian .. haaaaaa.. siyesly.. ade bukit yg penuh ngn durian.. sume tu org situ punye la.. dorg ade gak ternak ikan talapia.. mantap.. 2 kolam dah besau2 dah ikannye..

yang ni time sesi menjamah rambutan + durian+pulut.. haha..
memang x benti la aku makan weyh.. ulalalalala~


sesi soal jawab plak.. ececeeh~

opppsss!! hahaha.. cumutnye aku.. layak la kan..

barisan ahli antropologi dan sosiologi muda.. ehemm..eheeemm..
insyaALLAH...

marilah pelajari ilmu sains sosial ..
*siapa ckap sains sosial senang?? meh nk lempang laju-laju.. ingat nk kawal kajian yang dinamik mcm manusia tu senang kah?? terai la dlu beb.. kerenah manusia sampai ada masa anda akan rasa letih nak menelan realiti dunia ni*

ok.. sampai sini sahaja perkongsian kite.. bertemu lagi di lain entry.. hakhakhakhak..
assalam dan selamat malam serta selamat maju jaya.. peace yo!
muwahx..muwahx!

2 comments:

Noor Fatin said...

header baru yangg. lagi cunn~ hik hik..

best la tengok gambar2 tu.. hehehe..

teringin nak buka homestay sendiri.

Lynna said...

bosan tgok muke sendrik.. haha boleh??? buat laa... kut2 maju kawasan chukai tu!